Wednesday, November 25, 2020

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

SLAB INJECTION TREATMENT (kaedah tanam)

Menebuk lubang pada bahagian lantai dengan menggunakan drilling. Ini bertujuan untuk menghasilkan satu lapisan di permukaan bawah lantai untuk menyuntik racun anai-anai dan akan bertindak menjadi barrier (perisai) di bawah slab lantai rumah anda. Kaedah ini lebih berkesan kerana ia “shoot to kill”. Kadar kematian (mortality) lebih tinggi atau menghapus keseluruhan koloni anai-anai. Lapisan(perisai) yang terjadi akan kekal di dalam tanah untuk tempoh masa yang panjang. 


SPRAYING (kaedah semburan)

Semburan keseluruhan luar dan dalam kediaman@premis anda.


SOIL TREATMENT (rawatan tapak)

Kaedah ini merupakan pencegahan langkah awal sebelum sesebuah bangunan atau kediaman didirikan. Semburan ini wajib dilakukan ditapak bangunan baru sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan. Tujuan rawatan ini dijalankan ialah menghalang serangan anai-anai daripada naik melalui dinding bangunan tersebut.


PERKHIDMATAN PEMBASMIAN KELAWAR

Kesemua najis kelawar di atas siling di dalam bumbung bangunan akan dibuang dan habuk- habuk akan disedut dengan vacuum ( penyedut habuk ).

Dengan menggunakan ‘Power Sprayer’,semburan racun Anti Bakteria / Virus di sembur di seluruh kawasan siling bangunan bagi memastikan kesemua bakteria / virus berpunca daripada najis / air kencing kelawar tersebut.

Kerja-kerja pemasangan pest guard/net kelawar untuk menutup lubang dilakukan di semua lubang laluan kelawar yang terdapat di sekeliling  bangunan / rumah.Ini bagi memastikan kelawar tidak dapat kembali bersarang dibumbung bangunan / rumah tersebut.


BAITING

Sistem Umpanan Anai-anai ( Termites Baiting System ) adalah salah satu kaedah kawalan Anai-anai yang sangat berkesan.

Walaupun kaedah ini agak mahal, tetapi ia sangat praktikal dan tidak perlu merosakkan struktur bangunan pelanggan.


FOGGING (hama, hapak & bakteria)

Seluruh bahagian dalam kediaman@premis anda. Kaedah tidak berbahaya kerana bahannya berasaskan water base/nano.


FOGGING (aedes)

Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak.

Semburan kabus (fogging) dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. la akan dilakukan di dalam dan di luar kawasan premis bangunan atau kediaman kira-kira 200 meter sekitarnya dengan menggunakan mesin 'Thermal Fogger".


MISTING ULV KABUT

Kaedah semburan menggunakan mesin Power Sprayer untuk membasmi kutu dan pijat. Kaedah ini tidak berbahaya kerana bahannya adalah berasakan organik.

No comments:

Post a Comment

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

SLAB INJECTION TREATMENT (kaedah tanam) Menebuk lubang pada bahagian lantai dengan menggunakan drilling. Ini bertujuan untuk menghasilkan sa...