🌸 Hasla Enterprise adalah syarikat Bumiputera 100% yang menawarkan perkhidmatan Kawalan Serangga / Kawalan Anti-Termite(anai-anai), semut, lipas, tikus, lalat, kelawar, nyamuk dan pelbagai serangga perosak.
🌸Syarikat ini menyediakan servis yang cekap dan sentiasa mementingkan kualiti kerja serta sentiasa berusaha untuk menyelaraskan visi negara dan bergerak maju dalam memimpin teknologi terkini.


Anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.
Di Malaysia, ada tiga famili anai-anai yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.
Kitaran hidup anai-anai
Kitaran hidup anai-anai adalah kompleks kerana ia hidup dalam kasta. Bermula dengan raja dan permaisurinya yang menghasilkan beribu-ribu telur dan menetaskannya. Ribuan anak anai-anai kemudiannya menjadi pekerja, askar atau kadang-kala menjadi kelekatu (anai-anai bersayap).
Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru.
Anai-anai pekerja biasanya tidak bersayap, mandul dan buta. Anai-anai askar juga tidak bersayap dan mandul tetapi mempunyai kepala dengan mandibel (bahagian mulut serangga) yang kuat untuk menggigit bagi mempertahankan koloni.
Selain itu, anai-anai peringkat rendah terpaksa bersimbiosis dengan protozoa dan bakteria untuk menghadamkan kayu yang dimakan. Manakala anai-anai peringkat tinggi seperti anai-anai busut menggunakan kultur kulat untuk penghadaman dan pada masa tertentu cendawan busut akan keluar dari sarang anai-anai ini.
Kebanyakan anai-anai makan secara trofalaksis iaitu askar akan memberi pekerja makan, sama ada dari mulut ke mulut atau anus (dubur) ke mulut.
2. SEMUT
Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyinggung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.
Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina subur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.
3. LIPAS
LIPAS antara serangga perosak yang sering ditemui dalam perabot seperti kabinet atau laci terutama di ruang dapur.
Serangga ini gemar bertelur di tempat tersorok, gelap dan lembap termasuk di celah atau sudut perabot selain meninggalkan najis di tempat membiak.
Tabiat lipas yang kotor seperti mencari makan dan gemar berkumpul termasuk di kawasan longkang, tong sampah dan tandas menyebabkan ia memberi kesan kesihatan kepada penghuni.
Malah serangga ini akan merayap hingga mencemari makanan, perkakasan dapur dan meja selain bau kurang menyenangkan. Justeru penting bagi penghuni kediaman menghalang dan mengurangkan kehadiran serangga ini dalam rumah.
FAKTA TENTANG LIPAS1. Seekor lipas boleh hidup tanpa kepala selama seminggu.2. Lipas dapat menahan nafas selama 40 minit.3. Ia dapat bertahan di dalam air selama setengah jam.4. Lipas boleh berjalan selaju 5 kilometer dalam sejam. Ini bermakna, ia dapat menyebarkan kuman dan bakteria di seluruh rumah dengan cepat.5. Boleh hidup tanpa makanan selama satu bulan dan akan mati kehausan tanpa air selama seminggu.6. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.7. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung.
8. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut.
4. TIKUS
Tikus merupakan spesis haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpulan yang dipanggil rodensia. Kumpulan ini merupakan kumpulan haiwan mamalia kecil seperti mencit, cencurut, gerbil, mamut, tupai dan arnab. Rodensia dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama (order) iaitu Sciuromorpha, Myomorpha dan Hystrichomorpha. Rodensia adalah jenis tikus dibawah order Sciumorpha dan berada dalam family Muridae.
Di Malaysia spesis tikus yang paling kerap ditemui di dalam persekitaran rumah atau kediaman manusia ialah tikus rumah (Rattus rattus diardii). Selain itu, terdapat banyak lagi spesis tikus yang lazim ditemui di negara ini antaranya termasuklah tikus Norway (Rattus norvergicus), tikus rumah kecil (Mus musculus), tikus sawah (Rattus argentiventer), tikus kayu (Rattus tiomanicus) dan tikus Burma (Rattus exculans).
Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.
Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.
Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.
Terdapat pelbagai jenis lalat, antaranya adalah:-
- Lalat rumah atau biasanya dikenali sebagai lalat sahaja.
- Lalat hijau
- Lalat tsetse Dari Kamus Dewan -(sétsi) = lalat ~ sj lalat drpd genus Glossina yg berasal dr Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur.
- Lalat bunga
- Lalat buah
- Lalat askar hitam
Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar. Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.
No comments:
Post a Comment